Monday, May 16, 2011

=0


“Alya !! Boyfriend kau bergaduh kat dataran!! Baik kau pergi cepat !! ” . Aku yang sedang rancak bersembang segera menoleh kearah Neesa teman baikku itu . “Hah ?? Kau biar betul ?? Eh , jom !!” . Aku segera bangun sambil menarik tangan Neesa . Rakan – rakanku yang lain juga turut menurut langkahku . Dari jauh aku sudah dapat melihat ramai orang sedang berkumpul seperti melihat sesuatu . Aku berusaha menyelit di celah orang ramai untuk melihat dengan lebih jelas apa yang sedang berlaku . “ Is !!! Kenapa ni ?? Sudahlah !!!” Marahku sambil menarik lengan baju Is . “ Engkau diam !!! Ni bukan hal kau !! Pergi !!!” . Dia menumbuk budak lelaki itu bertubi-tubi . Is sedikit pun tidak menghiraukan kehadiran aku . Aku menarik tangan Is sehingga dia jauh dari budak lelaki yang dibelasahnya itu . “Awak ni kenapa haa?? Asyik-asyik bergaduh . Kalau ada masalah tak boleh ke selesai elok-elok .? Yang nak bertumbuk-tumbuk ni kenapa ???” . Is hanya mendengus geram dan duduk di bangku yang berada di sebelahnya . Aku melihat keadaan Is yang sangat tidak terurus . Rambutnya kusut masai , bajunya comot dan sedikit darah di mulutnya . Aku mengeluh perlahan dan duduk di sebelahnya . Aku mengeluarkan sehelai tisu dari beg dan membersihkan luka di mulutnya . Is hanya melihat sahaja semua pergerakanku . “Kenapa yang awak pukul budak tu ? Dia buat apa kat awak sampai awak pukul dia ?” tanya aku perlahan . “Dia yang cari pasal dulu . Dia langgar saya pastu blah macam tu jer . Memang cari pasal la .” balas Is . Aku tergelak kecil . Is merenung aku tajam . “Awak ni macam budak-budak la . Dia langgar sikit jer awak sampai nak pukul-pukul dia .” kataku . Wajah Is kelihatan seperti tidak puas hati kerana aku seperti tidak berpihak kepadanya . “Dahlah , jom hantar saya balik . Awak tak ada kelas dah kan ? Jom .” . Aku segera bangun lantas menarik lengan baju Is , Is turuti sahaja langkahku .
Sampai sahaja di rumah aku terus pergi ke bilik air untuk berwudhuk dan segera menunaikan kewajipan aku sebagai hamba-Nya di muka bumi ini . Sesudah menunaikan solat aku baring di atas tilam yang sangat empuk . Urghhh , satu hari ini jadual kuliahku sangat padat . Tambahan pula aku sudah masuk semester yang kelima , lebih banyak tugasan yang perlu aku siapkan . Tiba-tiba aku teringat kejadian sewaktu di kampus tadi . Kejadian di mana Is bergaduh dengan seorang pelajar semester ketiga. Dia seorang yang sangat panas baran , ego , dan degil , tetapi dalam panas barannya itu , dia juga seorang yang sangat romantik . Bak kata orang ‘dalam hati ada taman’ . Aku dan Is sudah bercinta lebih kurang dalam 2 tahun . Selama 2 tahun itu , aku sudah tahu macam-macam hal mengenai Is , tetapi , selama kami bercinta , dia tidak pernah sekali pun mengangkat tangan kepadaku. Mungkin dengan sikapnya itu membuatkan aku lebih sayang kepadanya . Kedua- dua ibu bapaku dan ibu bapa Is sudah tahu mengenai hubungan kami . Mereka menasihati agar kami tahu batas-batas pergaulan kerana tidak mahu perkara yang tidak elok berlaku . Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan . Aduh , sudah pukul 7 . Aku segera pergi ke bilik air untuk mandi sebelum abah naik angin . Abah tidak suka anak-anaknya mandi lewat kerana tidak elok . Aku pun tidak tahu kenapa . Selesai solat maghrib aku pun turun bawah untuk makan malam bersama-sama keluarga yang amat aku sayangi . Abah , mama , abanglong , abangngah , dan abangchik . Merekalah harta yang paling tidak ternilai dan berharga aku miliki . Tiada apa yang dapat menggantikan mereka dalam hidupku .
Keesokan harinya , seperti biasa , Is akan menjemputku di rumah pada pukul 7 untuk pergi ke kuliah . Kebetulan rumah kami memang dekat , hanya selang beberapa lorong sahaja . Sampai sahaja di kampus , kami akan berpisah kerana aku merupakan pelajar kursus pengurusan bank manakala Is pula merupakan pelajar kursus pengajian kejuruteraan mekanikal . Kelas kami berbeza . Sampai sahaja di dewan kuliah , seperti biasa aku akan duduk di sebelah Neesa . “ Alya , nah !! Secret admire kau bagi . Wahh ! Untungla , tiap-tiap hari dapat coklat dengan kad” , celoteh Neesa sambil menghulurkan coklat Cadbury dan sekeping kad . Aku melihat coklat itu . “Ish , dah seminggu aku dapat benda ni , siapa yang bagi aku pun tak tahu la , kau amik je lah , aku tak nak . ” Neesa ketawa . “ Betul ni kau tak nak ? Kan aku cakap , ni secret admire kau yang bagi . Kalau kau tak nak tak pe , aku tolong makan kan . . hehe . .” jawab Neesa sambil membuka balutan coklat itu . Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatah Neesa itu . Sudah seminggu aku mendapat kiriman coklat dan sekeping kad . Aku tidak tahu dari siapa kitiman itu . Yang tertulis hanyalah nama daripada ‘Mr. M’ . Entahlah , malas aku nak layan . Setiap coklat yang aku terima dr Mr. M itu , aku akan berikan kepada Neesa . Neesa pula jenis yang tidak menolak langsung . Apa sahaja yang aku beri pasti diambilnya . Bak kata kawan-kawanku , Neesa ni tolak batu kayu je . “Eh Alya , Is tahu tak yang kau ni ada secret admire ha ?’ Tanya Neesa . Aku hanya menggelengkan kepala . Neesa mengangguk sahaja . Lima minit kemudian pensyarah aku pun masuk dan aku memulakan kuliah seperti biasa .
Selesai sahaja kuliah aku terus pergi ke foodcourt untuk berjumpa dengan Is seperti biasa . Aku dan Is akan makan tengah hari bersama-sama selepas kami berdua habis kuliah . Setelah setengah jam aku menunggu Is , dia masih belum tiba , malah kelibatnya juga tidak kelihatan . Puas aku cuba menelefonnya tetapi panggilan aku dibiarkan tidak berjawab . Akhirnya aku berputus asa dan aku membuat keputusan untuk makan bersama dengan Neesa . Selesai sahaja makan tengah hari aku pun bergerak untuk pergi ke kelas yang seterusnya . Di benak fikiran aku , aku masih memikirkan tentang Is . Aku hairan kenapa dia tidak menjawab panggilan aku tadi .Sebelum ini dia tidak pernah membiarkan panggilan aku tidak berjawab . ‘ Hurm , mungkin dia ada emergency kot ’ kataku untuk menyedapkan hati yang sedang bergelora ini . Sepanjang kuliah berjalan , aku sedikit pun tidak dapat memberi tumpuan kepada pensyarah yang sedang mengajar di depan . Fikiran aku hanya pada Muhammad Iskandar Shah . Aku rasa seperti ada yang tak kena pada dirinya . Dia langsung tidak menjawab panggilanku . Tanpa aku sedar , 2 jam telah berlalu , kuliah sudah tamat . Satu ilmu pun tidak dapat masuk ke dalam otak aku kerana lelaki yang bernama Is .
Aku berjalan menuju ke tempat parking kereta . Aku berharap agar Is sedang menunggu aku di sana nanti . Sedang aku berjalan hendak menuju ke destinasi aku , aku terlihat Is sedang berjalan dengan kawan-kawannya . Aku segera menuju kearah Is . “Awak , awak pergi mana tadi ? Saya tunggu awak dekat foodcourt tapi awak tak datang kenapa? Saya call awak pun awak tak angkat ?” tanya aku melulu . Is melihat aku dengan pandangan tajam dan terus pergi . Aku terkejut dengan reaksi Is . Aku menarik tangan Is dan dengan pantas dia merentap tangannya kembali . “Kau ni kenapa ??? Apa yang tak cukup lagi aku bagi dekat kau haaa ??? Sampai hati kau buat aku macam ni !!” jerkah Is . Aku terkejut . Apa yang telah aku lakukan sehingga dia begitu marah kepadaku ? “Apa Is cakap ni ? Alya tak faham ??” . Is ketawa sinis . “ Kau jangan nak berlakon la!! Siapa budak lelaki yang selalu hantar coklat kat kau tu hah ??!! Boyfriend baru kau ke ?? Sampai hati kau kan buat aku macam ni? Kau ingat aku ni tunggul ke ha?Ape yang tak cukup ha ? Selama ni aku percaya kau sangat-sangat. Tapi kau tipu aku kan? Dasar perempuan murahan !!” herdik Is kuat . Ramai orang memerhatikan situasi kami sekarang . Aku rasa sangat malu . Is tak pernah herdik dan hina aku sebegini , tambahan pula di khalayak ramai . “Apa Is cakap ni ? Alya tak......” . PANGGGGG!!!! Satu tamparan betul-betul mengenai pipi aku . Sangat pedih . Air mata mula mengalir di pipi ku . Aku melihat Is . Tiada sedikit pun muka bersalah di wajahnya . Aku tak mampu berkata apa-apa . Sedih , kecewa bercampur malu kerana ditampar di khalayak ramai . Is tidak pernah bersikap sebegini . Aku pergi meninggalkan Is dan kawan-kawannya .
“ Ya Allah , sampai macam tu sekali dia buat kau ? Apa masalah dia sampai dia buat kau macam tue ? Dah la dia tampar kau depan orang ramai . Sengal betul la dia tu !” marah Neesa . Aku hanya mampu terdiam , menahan sakit di pipiku yang masih terasa dek tamparan Is tadi . Kenapa dia buat aku macam tu ? Mungkin dia dah tahu pasal ‘Mr. M’ tu , tapi aku tak ada apa-apa hubungan pun dengan ‘Mr. M’ tu . Aku sangat sedih dengan tindakannya . “Neesa , tolong hantar aku balik . Please ?” . Neesa mamandangku seraya mengangguk . Di dalam kereta , aku hanya diam menyepi .Neesa pula tidak berhenti memarahi Is . Aku malas hendak berkata apa kerana aku terlalu sedih dengan perbuatan Is . Belum sempat aku hendak menjelaskan apa-apa , Is terus menampar pipiku.
Seminggu aku tidak pergi ke kuliah . Aku terlalu sedih . Jika aku pergi pun , pasti aku tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran . Perasaan aku masih lagi berkecamuk . Setiap hari aku termenung seorangan sehinggalah malam . Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi . Aku mencapai telefon bimbitku . Ada satu pesanan mesej . Aku membacanya . Ianya dari Is . Terkejut aku melihat nama pengirim mesej itu . Setelah seminggu dia diam tanpa berita tiba-tiba malam ini dia mengirimkan mesej kepadaku .
- Sayang , i mintak maaf , Neesa dah cerita semua kat i , i mintak maaf sangat2 , i tak sepatutnya buat u macam tu , i sepatutnya tanya u elok2 , i terlalu ikutkan perasaan i , i sayang u sangat2 , i tak nak kehilangan u , bila i dapat tahu yang u tiap2 hari dapat coklat n kad dari someone , i rasa takut , i takut akan kehilangan u , i’m so sorry .. please forgive me sayang... =’((

Aku tidak tahu hendak membalas apa . Sungguh mudah dia meminta maaf atas semua yang dia telah lakukan pada aku . Berpuluh-puluh miscall dan mesej dia hantar kepadaku , tetapi aku mengendahkan saja . Tiba-tiba pintu bilikku diketuk oleh abangngah . “Adik , Is ada dekat bawah . Dia nak jumpa adik .” . Aku mengeluh perlahan . Aku menggelengkan kepala menandakan aku tidak mahu berjumpa dengan Is . Abangngah berjalan menuju ke arahku dan duduk di sebelahku . “ Pergilah dik . Bincang dengan dia elok-elok . Sampai bila adik nak jadi macam ni . Masalah ni tak akan selesai selagi adik dengan dia tak bincang elok-elok .” nasihat abangngah . Aku melihat abangngah , seraya tersenyum . “Haa , macam ni lah adik abang . Dah , pergi turun jumpa dia .” kata abangngah sambil mencuit hidungku .
Aku keluar dari rumah dan melihat Is sedang menunggu di hadapan rumah . Aku pergi ke arahnya. “Kenapa nak jumpa saya ? Nak tampar saya lagi ke?” perli aku . “Sayang , please ,I mintak maaf , Neesa dah cerita semuanya kat I , salah I sebab terlalu ikutkan perasaan I , I tak dengar penjelasan sendiri dari u , I minta maaf sangat , please forgive me sayang?” pujuk Is . Wajahnya kelihatan sangat menyesal . “Senang je u cakap kan ? I malu u taw x ? U tampar I depan orang ramai , u herdik i , u maki i , then senang-senang je u mintak maaf . Mana I nak letak maruah I yang u pijak-pijak depan orang ramai ??” marah aku . “ I’m so sorry . I betul-betul minta maaf . I terlalu ikutkan perasaan I sampai I tak fikir perasaan u , i mintak maaf sangat-sangat . Please...??” rayu Is. Aku dapat melihat airmata mula menitis dari wajahnya. Pertama kali aku melihat airmata menitis dari wajahnya . Aku mengeluh . “Hurm , please jangan buat I macam ni lagi , I sedih sangat , sepanjang hari i fikirkan pasal hubungan kita ni . I tak pergi kuliah seminggu sebab I tahu kalau I pergi pun satu ilmu pun tak dapat masuk dalm otak i nie . I’m so sad .” kataku perlahan . Airmataku juga sudah mengalir . Dia menarik aku ke dalam pelukannya . “ I promise sayang , I takkan buat macam tu lagi . I menyesal sangat , I sayang u sangat-sangat .I promise , kalau ada jodoh kita berdua , i akan jadikan u yang halal buat i . I cinta u bukan sampai mati , tapi sampai syurga sayang . I love u so much .” luah Is . Aku tersenyum . “ I love u to Muhammad Iskandar Shah” . <3

p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata . . :)

No comments: