Saturday, April 24, 2010

Jeritan Tanpa Suara Part 2

Akhirnya aku tertidur tetapi aku terlena hanya sekejap sahaja. Aku terjaga kerana aku berasa seperti ada orang bernafas di telingaku. Aku toleh ke kiri dan kanan aku. Tiada apa pun. Mungkin perasaan aku. Malas aku ingin memikirkannya. Aku cuba juga untuk tidur. Tiba-tiba aku terdengar bunyi dengusan yang amat jelas sekali di sebelah kanan aku seolah-0lah ada orang lain di sebelah aku. Aku mula rasa seram. Aku cuba mengawal perasaan takut aku. Dengusan itu semakin cepat dan semakin kuat. Aku berasa amat takut. Aku membaca surah-surah yang aku ingat. Malangnya aku tidak ingat Ayat Kursi. Mengapalah aku tidak hafal-hafal ayat kursi itu? Aku tetap membaca surah-surah yang aku ingat walaupun aku tidak tahu makna surah-surah tersebut. Beberapa ketika kemudian , dengusan itu semakin pelahan dan akhirnya hilang. Aku berasa lega. Aku baru sahaja mahu pergi ke kamar bapa aku dan memberitahu perkara yang terjadi padaku tetapi aku tidak perlu lagi membuat demikian. Aku teruskan tidurku yang asyik tergendala. Walaupun perasaan aku masih lagi takut dan seram , aku cuba untuk tidak memikirnya lagi. Akhirnya aku tertidur dan terlena sehingga subuh.

Keesokkan harinya bermula seperti biasa. Aku akan mengemaskan chalet yang kami diami pada awal pagi itu. Sudah menjadi kebiasaan pada aku. Di rumah, akulah yang mengemas pada awal pagi setiap hari. Walaupun aku mempunyai kakak , aku yang membuat semua kerja. Kakak aku hanya tahu tidur sehingga matahari tegak di atas kepala. Jika aku yang bangun lewat , sudah pasti aku akan disimbah air oleh ibu aku. Kakak aku lebih disayangi oleh ibu aku kerana dia lebih jelita dari aku. Dia lebih pandai dari aku. Dia lebih segalanya dari aku. Aku tidak kisah. Asalkan aku tidak dihalau rumah dan ada orang yang menjaga makan minum aku , aku akan melakukan apa sahaja yang ibu aku suruh. Aku ingin menceritakan apa yang berlaku pada aku semalam pada ibu dan ayah aku tetapi ibu dan ayah aku pasti tidak akan mempercayai cerita aku itu. Aku mengambil keputusan untuk tidak menceritakan pada ibu dan ayah aku. Aku akan melupakan perkara ini dan tidak akan memikirkannya lagi. Pada waktu tengah hari , aku pergi ke belakang chalet untuk membuang sampah. Aku terlihat satu pokok yang amat besar di belakang chalet itu. Jaraknya dengan chalet yang keluarga aku diami itu tidaklah jauh. Mungkin 50 meter dari chalet itu. Pokok itu kelihatan gerun dan seram. Tiba-tiba aku ternampak seseorang di atas pokok itu. Seeorang yang memakai pakaian putih sedang bertenggek di pokok itu. Aku tidak memikirkan apa-apa pada mulanya dan terus masuk ke dalam chalet. Beberapa ketika kemudian , baru aku terfikir dan aku mula berasa seram. Aku cuba untuk tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Aku mahu menceritakan pada ibu aku tetapi aku boleh tahu apa reaksinya selepas aku cerita padanya. Aku tidak tahu kepada siapa aku boleh mengadu. Aku berasa sangat sunyi dan sedih. Aku tidak pernah berkongsi apa-apa dengan ibu aku mahupun siapa-siapa. Aku tidak mempunyai teman karib dalam hidup aku. Bagi aku , biar banyak kawan tetapi jangan terlalu rapat dengan mereka. Jangan percaya pada siapa-siapa pun. Kawan selalunya hanya menggunakan aku. Apabila susah , mereka mencari aku , apabila senang , mereka berseronok tanpa mengajak aku. Sudah menjadi lumrah dalam hidup aku.

Pada malam itu , selepas makan malam , aku pun membasuh pinggan-pinggan dan cawan-cawan. Semasa aku sedang membasuh pinggan , aku berasa lenguh di bahu aku. Bahu aku berasa sangat berat. Tiba-tiba aku ternampak bayang-bayang aku. Aku ternampak sesuatu di atas aku pada bayang-bayang aku itu. Bayang-bayang itu seperti seorang budak sedang duduk di atas bahuku. Tetapi aku lihat di atas aku tiada apa-apa pun lalu aku tengok bayang-bayangku sekali lagi dan bayang-bayang itu pun sudah tiada. Aku berasa sangat takut. Aku kaku dan tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Otak aku seperti beku seketika. Aku berasa lemah dan iman sahajalah yang menjadi tongkat aku sekarang. Ibu aku datang pada aku dan terus bertanya , "Awat dengan hang ni? Muka hang pucat pasaipa? " . Aku tidak menjawab soalan ibu aku itu dan terus masuk ke kamar dan tidur. Aku tidak boleh melupakan apa yang aku lihat di dapur itu. Bayang-bayang yang aku lihat itu asyik datang padaku apabila aku pejamkan mata.

Aku beristighfar seorang diri. Aku pergi ke ibuku dan meminta buku ayat kursinya. Aku pun membaca ayat kursi. Ibu aku semakin hairan dengan perangai aku yang tidak pernah bersolat , tiba-tiba sahaja membaca ayat kursi. Ibu aku masuk ke kamar aku. Ibu aku bertanya lagi , " Hang ni pa kena? Mak tengok lain macam ja. Hang ok ka? " . Aku pun berjawab , " Tak da pa la mak. Tiah ok ja. Mak jangan risau la noh. Tiah nak tidur ni. Mengantuk la mak. Mak baca buku cerita kat Tiah , Tiah nak tidoq. Hehehe. " . Mak aku berkata semula , " Hang toksah duk galak. Adik hang pun mak tak pernah baca buku cerita kat dia. Hang nak aku baca kat hang. Dah pi tidoq." . Aku terdiam dan terus tidur. Aku saja mahu bermanja dengan ibu. Sudah sekian lama aku tidak bermanja dengannya.

bersambung....

Wednesday, April 21, 2010

Jeritan Tanpa Suara Part 1

Satu percutian yang tidak dapat kami lupakan. Percutian yang sepatutnya menjadi kenangan manis kami telah bertukar menjadi kenangan paling pahit dalam hidup kami sekeluarga. Kejadian yang melanda diri kami masing-masing membuat aku berubah dan menjadi lebih matang. Kejadian itu berlaku kira-kira 10 bulan yang sudah. Sewaktu cuti penggal pertama awal tahun.

Perancangan percutian ini telah dirancang oleh kami sudah sekian lama. Tetapi oleh disebabkan ayah sibuk bekerja , percutian kami ditangguh sehingga beberapa kali. Dan kali ini , ayah mengajak kami pergi bercuti kerana ayah rasa bersalah kerana tidak menghiraukan kami dan asyik bekerja sahaja. Kami berasa teruja dan sangat gembira apabila ayah mengumumkan berita baik itu kepada kami sekeluarga sewaktu kami berkumpul beramai-ramai. Ayah tidak memberitahu kepada kami destinasi percutian kami itu. Kami tertanya-tanya dan asyik membayangkan tempat percutian yang cantik dan menarik. Kami tidak sabar-sabar menunggu cuti menjelma.

Tibalah hari yang kami nanti-nantikan selama ini. Hari yang membuat kami rasa gembira sangat dan dapat melupakan segala masalah peribadi kami. Kami memulakan perjalanan kami pada awal pagi kerana ayah kata tempat percutian kami itu sangat jauh. Mungkin malam ini baru kami tiba di destinasi. Kami berasa tidak sabar untuk mengetahui tempat kami bercuti itu. Perjalanan yang lama membuat kami berasa bosan. Pelbagai perkara kami lakukan di dalam kereta untuk menghilangkan rasa bosan. Tetapi akhirnya kami tidur. Kami hanya bangun apabila ayah berhenti di tempat perhentian untuk kami membuat urusan masing-masing termasuklah bersolat dan makan.

Senja telah pun menjelma tetapi kami belum lagi tiba di destinasi kami. Kami semakin bosan. Ayah pun kelihatan letih. Ibu ingin memandu kereta dan menyuruh ayah rehat sebentar tetapi ayah tidak mahu dan meneruskan pemanduannya. Lagipun , ibu tidak tahu di mana destinasi kami itu. Beberapa kilometer selepas perhentian kami yang terakhir untuk solat ishak , kami pun tiba di destinasi. Tempat percutian kami kali ini agak menyeramkan. Kami sekeluarga akan bercuti di chalet di dalam hutan simpan. Walaupun tempatnya nyaman dan indah. Kami berasa takut dan kurang selesa dengan persekitaran hutan itu. Tetapi kami tidak berkata apa-apa kepada ayah kerana kami turutkan sahaja kehendak ayah. Kami cuba untuk bercuti habis-habisan. Ayah bawakan kami ke chalet. Chaletnya sangat cantik dan bersih. Jarang sekali untuk aku temui chalet sebersih ini. Chaletnya besar dan luas. Chalet itu mempunyai 4 bilik. Aku akan tidur seorang dan kakak aku dan adik perempuan aku tidur sebilik dan adik lelaki aku yang bongsu itu tidur dengan ayah dan ibuku. Aku tidak suka berkongsi bilik tidur dengan sesiapa pun. Aku suka tidur sendirian. Memang benar orang kata gadis seperti aku ini tidak boleh tidur seorang diri kerana takut apa-apa terjadi ke atas aku tetapi aku tidak boleh tidur jika ada orang di bilik aku. Aku tidaklah berani tetapi aku bukanlah penakut. Aku cuma tidak mahu fikirkan sangat mengenai perkara-perkara yang akan menakutkan aku. Pada pendapat aku , jika aku tidak mengganggu "benda" itu , "benda" itu tidak akan mengganggu aku.

Semasa aku nyenyak tidur pada malam itu , aku berasa angin yang sangat sejuk memasuki kamar aku. Seingat aku , aku telah tutup tingkap bilik aku rapat-rapat. Mungkin angin yang kuat telah membukanya. Aku berasa sangat sejuk macam kamarku dipasang "airconditioner". Pada hal , kamar aku hanya mempunyai kipas sahaja. Aku tidak boleh tidur pada malam itu. Aku terdengar pelbagai bunyi dari hutan tetapi aku tidak mahu fikirkan apa-apa. Aku teringat kembali pelajaran fizik aku , apabila waktu malam , suara memang senang kedengaran walaupun suara itu berada jauh dari aku.

Bersambung.....(TO BE CONTINUED)>>>

Tuesday, April 20, 2010

LAGI~LAGI JATUH TANGGA

Pertama ku melihat mu bergetar rasa hati ku,
Berdebar-debar jantung ku mungkin ku kena naik mu
Ketika ku melihatnya berdetak-detak didada,
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku kena naik dia


Dia atau dia,
ku pilih yang mana,
aku pusing, untuk memilihnya


Jatuh tangga lagi,
lagi-lagi ku jatuh tangga,
aku jatuh tangga,
setiap kali aku naiknya
Jatuh tangga lagi,
lagi-lagi ku jatuh tangga,
harus bagaimana,
ku bingung memikirkannya

Layaknya seorang pria ku coba untuk tidak jatuh,
menaik satu tangga tetapi aku jatuh

Dia atau dia, yang harus ku naik,
aku pusing untuk memilihnya
aku nk atas tarikh blog ni...lama btui x atas tarikh...bersawang dh blog aku ni...cita ada..tpi mlaih nk wat...hohoh...aq skit tekak x bek2 lg ny...lg pon aku skrang ni jarang on9..mud nk atas tarikh blog pon ilang sket demi sdikit...ini gara2 gaara....hurm....its okay...gaara x brsalah dlm hal ini...

Monday, April 19, 2010

Ada sedikit takziah..eh..tazkirah...

dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astafighrullahal’adzim

reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap astafighrullahal’adzim

pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka

astafighrullahal’adzim

repeat reff

cepat ucap astafighrullahal’adzim

repeat reff

cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim



Maksiat itu bukanlah setakat "bnda" tu ja...mksiat leh jd ssuatu yg mngkin anda tidak tau prkara yg anda buat itu adalah mksiat...contoh yg pling mudahla kn....situasi yg mcm ini...

Anda baru sahaja abeh solat d msjid..dan apabila anda mahu pulang...selipar anda ilang....anda pun menjadi bengang lalu anda menyanyi lagu akim-bengang....selepas menyanyi lgu akim...anda bertekad "mngambil" slipar spa2 je yg ada kt stu dan pulang ke rumah dgn slamber dek je....anda pun mlksnakn tekad anda itu...

tanpa anda smua sdari...anda tlah mlkukn mksiat slpas solat di msjid....adakah istilah "mngmbil" itu btul??? klu msuk soalan spm bahagian kslahan istilah dan tatabahasa..."mngambil" itu ptut dtkar dgn "mencuri"...baru btul....

slaen drpd itu....mngkin juga anda bru sj abeh 2syen dan slipar anda tiba2 ilang...anda pun mngmbil slipar spa2 ja yg ada brdkatan dgn anda.....

itu sjlah srba sdikit yg aku tahu tntang mksiat ini...slaen drpd itu...rncngan realiti tv AKADEMI FANTASIA juga mksiat...knapa?? prgaulan bebas yg mlmpau..apa bila anda mmsuki AF...ISLAM trus dlpakn....hukum hakam antara lelaki dan perempuan sudah tiada lg...bgai dunia AF itu mereka yg pnya....bkn AF ja...smua realiti tv lah...

realiti diri anda sndiri pon ada kn..msti anda prnah lhat di mata anda sndri prgaulan bebas yg mlmpau...dan mngkin juga ada antara anda juga yg trlibat...jd..cpt2 la brtaubat....

Renung2kan dan selamat beramal....

p/s: kpd yg mahu mmbntah dgn apa yg disbutkn di atas...sila pergi jauh2 dri blog ini....bntahan anda tidak dterima...hoho...tq 4 reading!!!

UNCLE SEMAT

Nama aku Semat. Pekerjaanku ialah operator kilang buat gula-gula kapas. Selain dari menjadi operator, aku juga menjadi pembantu semua pekerja kilang di sini tanpa gaji. Aku membantu semua orang yang meminta bantuan dari aku. Kalau aku tidak pergi kerja, habislah mereka. Tiada siapa lagi yang akan membantu mereka. Aku selalu menolong mereka kerana mereka semua baik. Mereka tidak pernah menyebut perkataan yang tidak baik terhadapku. Malah, mereka sering memuji aku. Setiap kali mereka memanggilku , mereka memujiku. Aku sangat terharu dengan kepekaan mereka dengan menyedari kehadiranku di kilang ini.

Aku sudah bekerja di kilang ini sudah hampir 5 tahun. Aku juga masih bujang. Siapalah yang hendak pada aku. Kerja aku hanya operator kilang. Muka juga tidak hensem. TETAPI ramai wanita suka memuji aku juga. Kadang-kadang aku menyangkakan mereka minat pada aku. Tetapi mereka semua masing-masing mempunyai teman lelaki. Dalam bahasa penjajahnya , "BOYFRIEND". Aku diam terpaku apabila aku melihat mereka dengan kekasih mereka. Aku malu kerana menyangkakan mereka minat pada aku.

Bukan orang-orang kilang ini sahaja yang memanggil panggilan yang sedemikian pada aku , tetapi semua orang yang hadir dalam hidup aku selalu memuji aku. Aku kadang-kadang malu apabila dipuji di khalayak ramai. Mereka tidak memanggil nama aku. TETAPI mereka memanggil panggilan yang sungguh memujikan. Mereka tidak pernah memanggilku Semat. Mereka hanya memanggil aku Smart. Kadang-kadang aku mahu bertanya , smart kah aku? tetapi pintu hati aku tidak terbuka luas untuk memberi aku semangat untuk bertanya pada mereka.

Mereka memanggil aku , "Smart2...Smart2....tolong sat...tolong tu...tolong ni...tolong ni...tq smart..." Baikkan mereka? Memang aku terharu benar. Walaupun aku segan dan tidak mahu mereka memanggil aku sebegitu rupa , tetapi apakan daya. Aku tidak berdaya untuk menegur mereka daripada memanggil aku begitu. Aku redha saja pada Allah s.w.t.

Ini jelah cerita hidup aku. Nama aku Semat tetapi orang sering memanggilku Smart. Anda yang membaca kalau boleh janganlah memanggil aku smart. Aku tidaklah sesmart mana pon. ASSALAMUALAIKUM DAN GUD DAY.

Wednesday, April 14, 2010

SEHITAM CINTA NURANI

senja dingin ari mngekori.kesyahduan yg melanda di sanubari.trkapai ku sndiri di lautn yg xbertepi.meredah samudera cinta yg ku ukir sndiri di pepohon meranti.sedarkh dirimu aku sendirian dlm mncari cinta sjati.aku menahan segala kedukaan yg bersarang di jiwa tika kau bersama si dia yg kau kasihi.berilh aku kekuatan dl...m mnahan amarah yg menjelma pabila kau xlagi di sisi.aku pasrah.akuuu resah..

Thursday, April 8, 2010

jiwang2 srbut kpala aq tgk ayt ni

Apa kabar cinta?

Masihkah tetap untuk-NYA……?

Apa kabar rindu?

Masihkah tetap untuk surgaNYA..?

Apa kabar hati?

Masihkah sesejuk dan sebening embun pagi….?

hohohohoho

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup

Wednesday, April 7, 2010

aaah

penat gler mlm ni..bwu blik dr tsyen math td..dh lama x dgr c.azlina mgjr kt 2syen..mai are ni ckgu ada blik,best gler.td bljr bab bru gradiend and area..

Saturday, April 3, 2010

Ksh 3 Org

o Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

SYARAH HADIS PILIHAN: DOA TETAP AKAN DIPERKENANKAN SELAGI KITA TIDAK GOPOH

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diperkenankan (doa) untuk seseorang daripada kamu selagi dia tidak go poh dengan dia mengatakan, saya telah berdoa tetapi tidak diperkenankan untuk saya. (al-Bukhari: 6340, Muslim: 2735)



Doa merupakan ibadat yang paling utama kerana ia menggambarkan ketundukan dan membuktikan kebergantungan hamba kepada Penciptanya. Ibn al-Qayyim berkata: Doa ialah permintaan sesuatu yang bermanfaat kepada orang meminta dan dihindarkan daripada sesuatu yang memudaratkannya. (Bada`i’ al-Fawa`id, jil. hal. 513)



Al-Tibiy berkata: Doa ialah menzahirkan kemuncak kehinaan dan keberhajatan kepada Allah dan kerendahan diri kepadanya. Tidak disyariatkan doa melainkan untuk menyatakan kepatuhan kepada Allah s.w.t. dan keberhajatan kepada-Nya. Al-Munawi berkata: Doa ialah bahasa yang menyatakan berhajatnya (seseorang itu) dengan menghuraikan keadaan (dirinya yang amat) memerlukan. Apabila seseorang merasa khusyu’ dalam berdoa bererti telah merasai kemanisan dalam beribadat dan bermunajat dengan Allah. (Fath al-Bari, jil. 12, hal. 372)



Allah s.w.t. memerintahkan kita berdoa kepada-Nya;



ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Berdoalah kepada-Ku, pasti akan Aku perkenankan bagi kamu. (Surah Ghafir: 60)



Tidak semua permintaan hamba itu ditunaikan segera dalam tem poh yang terdekat. Sifat orang yang lemah imannya ialah apabila berdoa dia mahu segera diperkenankan. Jika dia merasakan permintaannya itu tidak diperkenankan maka dia terus meninggalkan doa. Pada ketika itu sifat tawakkal dan raja`, ya’ni menaruh harapan kepada Allah s.w.t. diuji.



Allah s.w.t. tidak menyukai orang putus asa kerana dia tidak lagi meletakkan harapan kepada Allah. Oleh sebab itu, di antara adab berdoa, sentiasa mengharapkan rahmat daripada Allah dan menyerahkan diri kepada-Nya. Dalam menyatakan dirinya sangat berhajat kepada Allah s.w.t., seseorang itu hendaklah bersabar menunggu doanya itu diperkenaan kerana setiap sesuatu ada masanya yang telah ditaqdirkan untuknya.



Pada hakikatnya, meninggalkan berdoa lebih mudarat daripada doa yang tidak dimakbulkan. Ini kerana doa itu sendiri adalah ibadat yang diperintahkan oleh Allah dan setiap perintah Allah itu sendiri mempunyai hikmah dan maslahah, di dunia dan di akhirat. Meninggalkan doa bererti meninggalkan ibadat kepada Allah s.w.t.



وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir: 60)



عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ َقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ



Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Bashir daripada Rasulullah s.a.w, sabdanya: “Doa itulah ibadat.” Kemudian baginda membaca ayat: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Abu Daud: 1479, al-Nasa`i (dalam al-Sunan al-Kubra), al-Tirmizi: 3247 dan Ibn Majah: 3828)



Oleh sebab itu, terhalang daripada mendapat hidayat untuk berdoa termasuk dalam kerugian. Dalam pada itu, seorang muslim tidak seharusnya menyangka dalam dirinya bahawa Allah tidak menerima doanya dan tidak memperkenankan hajatnya.



عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم اَلْعَجَلَةُ مِنَ اَلشَّيْطَانِ

Daripada Sahl bin Sa’d katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Kego poh an itu datang daripada syaitan. (al-Tirmizi: 2012)



Oleh kerana penyakit go poh dan mahu segera itu datang daripada syaitan maka seorang mu`min untuk mestilah tenang dan terus bersabar berdoa. Seorang yang kuat imannya dan sabar hendaklah menyingkirkan sifat go poh kerana ia adalah sifat syaitan dan putus asa itu sifat orang-orang kafir.



وَلَا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (surah Yusuf: 87)



Selain itu, termasuk dalam go poh dalam berdoa ialah meninggalkan puji-pujian kepada Allah s.w.t. dan selawat kepada Rasulullah s.a.w.



عَنْ فَضَالَةَ بْن عُبَيْدٍ قال سَمِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَدْعُو فِي صَلَاتِهِ لَمْ يُمَجِّدْ اللَّهَ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ثُمَّ عَلَّمَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَمِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يُصَلِّي فَمَجَّدَ اللَّهَ وَحَمِدَهُ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ادْعُ تُجَبْ وَسَلْ تُعْطَ

Diriwayatkan daripada Fadhalah bin ‘Ubaid katanya, Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berdoa dalam sembahyangnya tanpa mengagung-agungkan Allah dan tanpa berselawat kepada Rasulullah s.a.w. maka baginda bersabda: “Wahai orang yang bersembahyang, kamu telah go poh . Kemudian Rasulullah sa.w. mengajarkan mereka. Dan baginda mendengar seorang lelaki berdoa dalam sembahyangnya lalu dia mengagung-agungkan Allah dan memuji-muji-Nya dan berselawat untuk Rasulullah s.a.w. Lalu baginda bersabda: “Berdoalah nanti akan dimakbulkan dan mintalah pasti kami akan diperkenankan.” (al-Nasa`i: 1284, Abu Daud: 1481, al-Tirmizi: 3477)



Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang diperkenankan ialah doa yang di poh on dengan penuh beradab dan dengan tanda syukur kepada Rasulullah s.a.w yang telah mengajarkan kita mengenal Allah dan agama-Nya. Berdoa dengan memuji-muji keagungan Allah amatlah dituntut kerana ia menunjukkan betapa kita beriman kepada-Nya dan meletakkan sepenuh keyakinan kepada qudrat dan rahmat-Nya.

Thursday, April 1, 2010

April Fool?

xbest r april fool are ny..

MoTto HidupKu

Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah rupa bentukmu
Tiada semerdu bunyi ekzozmu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut penungganganmu
Tiada semerdu kau berbunyi

Keindahan rupamu jadi sumber ilhamku
Bunyi mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya lampu hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di enjinku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu MOTO LCku

aku x wat lagi cita...aku xdk mood g nk wat..sibuk wooo kblkangn ni....keja skulah pnyala bnyk....apa xtau...lg nk dkat spm..lg bnyk keja skulah...k caw!! ASSALAMUALAIKUM!!! temaseh sbb bca...:D peace yo!