Sunday, February 26, 2012

10 SIfat Wanita Yang Perlu Lelaki Faham

Kita selalu mendengar dalam menjalin hubungan,perlu ada saling memahami dan tolak ansur antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan,wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.
Namun,ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita yang dicintai.

Persoalannya,apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang perlu lelaki ketahui??



1. SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk,tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seorang wanita menyatakan bahawa dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

2. CEREWET
Bukan bermaksud 'fussy' tidak tentu hala,kadang-kala ingin lelaki mengikut katanya sekali-sekala.Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal. Ini kerana akan boleh memburukkan lagi keadaan.

3. HALUS
Ibarat sehelai sutera,cantik,mulus,lembut dan mudah tercarik dan terkoyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sesuatu kesalahan,lazimnya wanita itu akan ingat kesalahan itu untuk dijadikan pengajaran bukannya dendam.

4. IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tidak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

5. PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini,dia tida akan ragu-ragu terhadapmu.

6. PRIHATIN
Sentiasa memerhati keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dan selalu mengambil berat dan baik terhadapnya.

7. MANJA
Walaupun dia seorang wanita yang pandai berdikari,naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita.Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki,namun juga dengan orang lain seperti sahabat dan keluarga.

8. EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintainya. Ini keran apabila lelaki merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat !!

9. CINTA
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan mulus. Apabila lelaki yang dicintai pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Namun selepas ganggang telefon diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan ketahui berita tersebut.

10. SEKS
Seks bukan segala-galanya bagi wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada 1 saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal 1 nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita bukan menghanyutkannya........=)



p/s wanita suka lelaki yang 'sweet'..... =)

No comments: