Friday, March 2, 2012

BILA SUAMI MENANGIS

Kehidupan tidak selalunya menawarkan kesenangan. Bagi sebahagian orang, mengakrabi hati dan masa mereka dengan kesedihan kerana kesulitan hidup adalah sudah menjadi hal lumrah setiap harinya.Dan mereka membebaskan kepenatan hidup dengan menangis.
Semua orang pasti pernah merasakan bagaimana kesedihan menyesakkan dada mereka. Namun masih banyak dari kita yang menilai bahawa menangis itu, apalagi bagi kaum adam, adalah hal tabu. Tabu untuk diperlihatkan apalagi diceritakan. Sisi harga diri mereka mengatakan mereka haruslah kuat, kuat dan kuat. Lucunya lagi ketika mereka kedapatan tengah menangis, mereka meminta maaf.
Biasanya masalah pekerjaan tidak akan membuat lelaki menangis, Pun masalah kewangan. Lalu, apakah yang membuat seorang suami menjadi menangis? justru kekuatan terbesar mereka penyebabnya, iaitu Akal mereka. Kerana lelaki menggunakan akalnya lah yang menyebabkan ia menangis. Ia menangis kerana telah lelah dalam berfikir, sel-sel dalam otaknya tidak mampu lagi untuk digunakan berfikir dalam menyelesaikan masalah. Saat ia menangis, jauh dalam fikirannya yang ada hanyalah air mata sebagai penyelesaian.
Dalam keadaan tersebut, biasanya justru sang isteri dapat bersikap tegar. Keadaan ini berbeza dengan kehidupan seharian isteri sebagai seorang wanita yang mudah tersentuh meski hanya menonton sinetron picisan. Hal ini menunjukkan bahawa dalam kekuatan para lelaki sebenarnya wanitalah yang jauh lebih kuat. Terbukti, saat si suami bersedih bahkan sampai menangis hanya istrinyalah lah pelipurnya.
Jika akhirnya suami menangis, mungkin itu adalah batas akhir pertahanan hatinya untuk tetap tegar, maka pahamilah. Mereka tak akan membiarkan titisan air mata mereka jatuh dan menjadi tontonan orang ramai, kecuali hanya dalam pandangan orang-orang yang dia sayangi. Disana akhirnya dia membiarkan dirinya menjadi sedikit lemah, maka bersimpatilah. Lelaki yang menangis kerana isterinya adalah kerana sangat begitu dalam menyanyang wanitanya itu, maka pahamilah. Bukan rasa kasihan yang dia harapkan, maka hargailah. Koreksi diri harus dihadirkan sang isteri bila para suami menangis kerana mereka. Tangisan itu mungkin kerana menangis diam-diam sudah tidak mungkin lagi. jangan menunggu lebih lama, atau penyesalan yang akan diperoleh saat kita harus menyampaikan "MAAF".
Seperti seorang isteri yang boleh membuat para suami menangis, disisi lain kehadiran separuh jiwanya tersebut di sudut jiwa mereka, mampu meredam kesedihan yang sangat dr sang suami. Dan itu adalah tugas tercantik para kaum hawa.
Air mata tidak selalunya menggambarkan kelemahan dan penurunan harga diri seorang suami. Bahkan para suamipun adalah manusia biasa, jangan berikan label sebarang kemanusiawiannya itu. biarkan mereka membebaskan perasaan mereka dengan menangis. Hanya berikan sedikit gangguan bila air mata itu keluar disaat yang kurang tepat.
Mungkin ada baiknya juga untuk para suami, jangan pernah malu untuk menangis, kerana keluarnya air mata dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung & stroke. Air mata dapat melepaskan segala beban yang selama ini ada di bahu. Disana juga mengandung erti ujian bagi ketulusan hati pasangan anda dalam menyikapi kesedihan anda tersebut. Tapi, tentu saja jangan berterusan menangis kerana pasti orang akan bingung anda lelaki atau wanita.

No comments: