Wednesday, April 21, 2010

Jeritan Tanpa Suara Part 1

Satu percutian yang tidak dapat kami lupakan. Percutian yang sepatutnya menjadi kenangan manis kami telah bertukar menjadi kenangan paling pahit dalam hidup kami sekeluarga. Kejadian yang melanda diri kami masing-masing membuat aku berubah dan menjadi lebih matang. Kejadian itu berlaku kira-kira 10 bulan yang sudah. Sewaktu cuti penggal pertama awal tahun.

Perancangan percutian ini telah dirancang oleh kami sudah sekian lama. Tetapi oleh disebabkan ayah sibuk bekerja , percutian kami ditangguh sehingga beberapa kali. Dan kali ini , ayah mengajak kami pergi bercuti kerana ayah rasa bersalah kerana tidak menghiraukan kami dan asyik bekerja sahaja. Kami berasa teruja dan sangat gembira apabila ayah mengumumkan berita baik itu kepada kami sekeluarga sewaktu kami berkumpul beramai-ramai. Ayah tidak memberitahu kepada kami destinasi percutian kami itu. Kami tertanya-tanya dan asyik membayangkan tempat percutian yang cantik dan menarik. Kami tidak sabar-sabar menunggu cuti menjelma.

Tibalah hari yang kami nanti-nantikan selama ini. Hari yang membuat kami rasa gembira sangat dan dapat melupakan segala masalah peribadi kami. Kami memulakan perjalanan kami pada awal pagi kerana ayah kata tempat percutian kami itu sangat jauh. Mungkin malam ini baru kami tiba di destinasi. Kami berasa tidak sabar untuk mengetahui tempat kami bercuti itu. Perjalanan yang lama membuat kami berasa bosan. Pelbagai perkara kami lakukan di dalam kereta untuk menghilangkan rasa bosan. Tetapi akhirnya kami tidur. Kami hanya bangun apabila ayah berhenti di tempat perhentian untuk kami membuat urusan masing-masing termasuklah bersolat dan makan.

Senja telah pun menjelma tetapi kami belum lagi tiba di destinasi kami. Kami semakin bosan. Ayah pun kelihatan letih. Ibu ingin memandu kereta dan menyuruh ayah rehat sebentar tetapi ayah tidak mahu dan meneruskan pemanduannya. Lagipun , ibu tidak tahu di mana destinasi kami itu. Beberapa kilometer selepas perhentian kami yang terakhir untuk solat ishak , kami pun tiba di destinasi. Tempat percutian kami kali ini agak menyeramkan. Kami sekeluarga akan bercuti di chalet di dalam hutan simpan. Walaupun tempatnya nyaman dan indah. Kami berasa takut dan kurang selesa dengan persekitaran hutan itu. Tetapi kami tidak berkata apa-apa kepada ayah kerana kami turutkan sahaja kehendak ayah. Kami cuba untuk bercuti habis-habisan. Ayah bawakan kami ke chalet. Chaletnya sangat cantik dan bersih. Jarang sekali untuk aku temui chalet sebersih ini. Chaletnya besar dan luas. Chalet itu mempunyai 4 bilik. Aku akan tidur seorang dan kakak aku dan adik perempuan aku tidur sebilik dan adik lelaki aku yang bongsu itu tidur dengan ayah dan ibuku. Aku tidak suka berkongsi bilik tidur dengan sesiapa pun. Aku suka tidur sendirian. Memang benar orang kata gadis seperti aku ini tidak boleh tidur seorang diri kerana takut apa-apa terjadi ke atas aku tetapi aku tidak boleh tidur jika ada orang di bilik aku. Aku tidaklah berani tetapi aku bukanlah penakut. Aku cuma tidak mahu fikirkan sangat mengenai perkara-perkara yang akan menakutkan aku. Pada pendapat aku , jika aku tidak mengganggu "benda" itu , "benda" itu tidak akan mengganggu aku.

Semasa aku nyenyak tidur pada malam itu , aku berasa angin yang sangat sejuk memasuki kamar aku. Seingat aku , aku telah tutup tingkap bilik aku rapat-rapat. Mungkin angin yang kuat telah membukanya. Aku berasa sangat sejuk macam kamarku dipasang "airconditioner". Pada hal , kamar aku hanya mempunyai kipas sahaja. Aku tidak boleh tidur pada malam itu. Aku terdengar pelbagai bunyi dari hutan tetapi aku tidak mahu fikirkan apa-apa. Aku teringat kembali pelajaran fizik aku , apabila waktu malam , suara memang senang kedengaran walaupun suara itu berada jauh dari aku.

Bersambung.....(TO BE CONTINUED)>>>

No comments: