Monday, April 19, 2010

UNCLE SEMAT

Nama aku Semat. Pekerjaanku ialah operator kilang buat gula-gula kapas. Selain dari menjadi operator, aku juga menjadi pembantu semua pekerja kilang di sini tanpa gaji. Aku membantu semua orang yang meminta bantuan dari aku. Kalau aku tidak pergi kerja, habislah mereka. Tiada siapa lagi yang akan membantu mereka. Aku selalu menolong mereka kerana mereka semua baik. Mereka tidak pernah menyebut perkataan yang tidak baik terhadapku. Malah, mereka sering memuji aku. Setiap kali mereka memanggilku , mereka memujiku. Aku sangat terharu dengan kepekaan mereka dengan menyedari kehadiranku di kilang ini.

Aku sudah bekerja di kilang ini sudah hampir 5 tahun. Aku juga masih bujang. Siapalah yang hendak pada aku. Kerja aku hanya operator kilang. Muka juga tidak hensem. TETAPI ramai wanita suka memuji aku juga. Kadang-kadang aku menyangkakan mereka minat pada aku. Tetapi mereka semua masing-masing mempunyai teman lelaki. Dalam bahasa penjajahnya , "BOYFRIEND". Aku diam terpaku apabila aku melihat mereka dengan kekasih mereka. Aku malu kerana menyangkakan mereka minat pada aku.

Bukan orang-orang kilang ini sahaja yang memanggil panggilan yang sedemikian pada aku , tetapi semua orang yang hadir dalam hidup aku selalu memuji aku. Aku kadang-kadang malu apabila dipuji di khalayak ramai. Mereka tidak memanggil nama aku. TETAPI mereka memanggil panggilan yang sungguh memujikan. Mereka tidak pernah memanggilku Semat. Mereka hanya memanggil aku Smart. Kadang-kadang aku mahu bertanya , smart kah aku? tetapi pintu hati aku tidak terbuka luas untuk memberi aku semangat untuk bertanya pada mereka.

Mereka memanggil aku , "Smart2...Smart2....tolong sat...tolong tu...tolong ni...tolong ni...tq smart..." Baikkan mereka? Memang aku terharu benar. Walaupun aku segan dan tidak mahu mereka memanggil aku sebegitu rupa , tetapi apakan daya. Aku tidak berdaya untuk menegur mereka daripada memanggil aku begitu. Aku redha saja pada Allah s.w.t.

Ini jelah cerita hidup aku. Nama aku Semat tetapi orang sering memanggilku Smart. Anda yang membaca kalau boleh janganlah memanggil aku smart. Aku tidaklah sesmart mana pon. ASSALAMUALAIKUM DAN GUD DAY.

No comments: