Saturday, April 24, 2010

Jeritan Tanpa Suara Part 2

Akhirnya aku tertidur tetapi aku terlena hanya sekejap sahaja. Aku terjaga kerana aku berasa seperti ada orang bernafas di telingaku. Aku toleh ke kiri dan kanan aku. Tiada apa pun. Mungkin perasaan aku. Malas aku ingin memikirkannya. Aku cuba juga untuk tidur. Tiba-tiba aku terdengar bunyi dengusan yang amat jelas sekali di sebelah kanan aku seolah-0lah ada orang lain di sebelah aku. Aku mula rasa seram. Aku cuba mengawal perasaan takut aku. Dengusan itu semakin cepat dan semakin kuat. Aku berasa amat takut. Aku membaca surah-surah yang aku ingat. Malangnya aku tidak ingat Ayat Kursi. Mengapalah aku tidak hafal-hafal ayat kursi itu? Aku tetap membaca surah-surah yang aku ingat walaupun aku tidak tahu makna surah-surah tersebut. Beberapa ketika kemudian , dengusan itu semakin pelahan dan akhirnya hilang. Aku berasa lega. Aku baru sahaja mahu pergi ke kamar bapa aku dan memberitahu perkara yang terjadi padaku tetapi aku tidak perlu lagi membuat demikian. Aku teruskan tidurku yang asyik tergendala. Walaupun perasaan aku masih lagi takut dan seram , aku cuba untuk tidak memikirnya lagi. Akhirnya aku tertidur dan terlena sehingga subuh.

Keesokkan harinya bermula seperti biasa. Aku akan mengemaskan chalet yang kami diami pada awal pagi itu. Sudah menjadi kebiasaan pada aku. Di rumah, akulah yang mengemas pada awal pagi setiap hari. Walaupun aku mempunyai kakak , aku yang membuat semua kerja. Kakak aku hanya tahu tidur sehingga matahari tegak di atas kepala. Jika aku yang bangun lewat , sudah pasti aku akan disimbah air oleh ibu aku. Kakak aku lebih disayangi oleh ibu aku kerana dia lebih jelita dari aku. Dia lebih pandai dari aku. Dia lebih segalanya dari aku. Aku tidak kisah. Asalkan aku tidak dihalau rumah dan ada orang yang menjaga makan minum aku , aku akan melakukan apa sahaja yang ibu aku suruh. Aku ingin menceritakan apa yang berlaku pada aku semalam pada ibu dan ayah aku tetapi ibu dan ayah aku pasti tidak akan mempercayai cerita aku itu. Aku mengambil keputusan untuk tidak menceritakan pada ibu dan ayah aku. Aku akan melupakan perkara ini dan tidak akan memikirkannya lagi. Pada waktu tengah hari , aku pergi ke belakang chalet untuk membuang sampah. Aku terlihat satu pokok yang amat besar di belakang chalet itu. Jaraknya dengan chalet yang keluarga aku diami itu tidaklah jauh. Mungkin 50 meter dari chalet itu. Pokok itu kelihatan gerun dan seram. Tiba-tiba aku ternampak seseorang di atas pokok itu. Seeorang yang memakai pakaian putih sedang bertenggek di pokok itu. Aku tidak memikirkan apa-apa pada mulanya dan terus masuk ke dalam chalet. Beberapa ketika kemudian , baru aku terfikir dan aku mula berasa seram. Aku cuba untuk tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Aku mahu menceritakan pada ibu aku tetapi aku boleh tahu apa reaksinya selepas aku cerita padanya. Aku tidak tahu kepada siapa aku boleh mengadu. Aku berasa sangat sunyi dan sedih. Aku tidak pernah berkongsi apa-apa dengan ibu aku mahupun siapa-siapa. Aku tidak mempunyai teman karib dalam hidup aku. Bagi aku , biar banyak kawan tetapi jangan terlalu rapat dengan mereka. Jangan percaya pada siapa-siapa pun. Kawan selalunya hanya menggunakan aku. Apabila susah , mereka mencari aku , apabila senang , mereka berseronok tanpa mengajak aku. Sudah menjadi lumrah dalam hidup aku.

Pada malam itu , selepas makan malam , aku pun membasuh pinggan-pinggan dan cawan-cawan. Semasa aku sedang membasuh pinggan , aku berasa lenguh di bahu aku. Bahu aku berasa sangat berat. Tiba-tiba aku ternampak bayang-bayang aku. Aku ternampak sesuatu di atas aku pada bayang-bayang aku itu. Bayang-bayang itu seperti seorang budak sedang duduk di atas bahuku. Tetapi aku lihat di atas aku tiada apa-apa pun lalu aku tengok bayang-bayangku sekali lagi dan bayang-bayang itu pun sudah tiada. Aku berasa sangat takut. Aku kaku dan tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Otak aku seperti beku seketika. Aku berasa lemah dan iman sahajalah yang menjadi tongkat aku sekarang. Ibu aku datang pada aku dan terus bertanya , "Awat dengan hang ni? Muka hang pucat pasaipa? " . Aku tidak menjawab soalan ibu aku itu dan terus masuk ke kamar dan tidur. Aku tidak boleh melupakan apa yang aku lihat di dapur itu. Bayang-bayang yang aku lihat itu asyik datang padaku apabila aku pejamkan mata.

Aku beristighfar seorang diri. Aku pergi ke ibuku dan meminta buku ayat kursinya. Aku pun membaca ayat kursi. Ibu aku semakin hairan dengan perangai aku yang tidak pernah bersolat , tiba-tiba sahaja membaca ayat kursi. Ibu aku masuk ke kamar aku. Ibu aku bertanya lagi , " Hang ni pa kena? Mak tengok lain macam ja. Hang ok ka? " . Aku pun berjawab , " Tak da pa la mak. Tiah ok ja. Mak jangan risau la noh. Tiah nak tidur ni. Mengantuk la mak. Mak baca buku cerita kat Tiah , Tiah nak tidoq. Hehehe. " . Mak aku berkata semula , " Hang toksah duk galak. Adik hang pun mak tak pernah baca buku cerita kat dia. Hang nak aku baca kat hang. Dah pi tidoq." . Aku terdiam dan terus tidur. Aku saja mahu bermanja dengan ibu. Sudah sekian lama aku tidak bermanja dengannya.

bersambung....

No comments: