Tuesday, March 30, 2010

5 org shbt!

Pada zaman dahulu, semasa orang Eropah masih dalam zaman gelap kerana lampu tidak diciptakan lagi, terdapat 5 orang sahabat yang sangat akrab dan rapat. Mereka mempunyai satu impian yang tidak pernah difikirkan oleh orang zaman itu. Hal ini kerana, orang zaman itu hanya memikirkan satu perkara sahaja iaitu bagaimana hendak mencerahkan rumah meraka. Pada zaman gelap, orang ramai telah mengalami pelbagai kesukaran. Contohnya, waktu malam mereka sering sahaja terhantuk ataupun pada waktu malam, meraka harus menempuh pelbagai cabaran untuk pergi ke tandas yang berjarak 4 kilometer dari rumah mereka. Bagi mengelakkan mereka pergi ke tandas pada waktu malam, mereka akan kurangkan makan pada siang hari dan membuang segala-galanya yang berada dalam perut mereka sebelum hari menjadi gelap.

Kembali kepada 5 orang sahabat itu. Impian mereka yang mereka ingin sangat mencapainya ialah menjadi band rock yang terkenal pada zaman itu. Mereka ingin membuat persembahan konsert live in KL...eh...di mana-mana sahaja yang ada orang taja mereka. Lupa pula nak memperkenalkan 5 orang sahabat itu. Pemuda yang pertama ialah Amec(vocalist) , Cow(lead guitar) , Terrajunk(rhythm guitar) , Suelong(Bass guitar) , dan Akhu(drummer). Mereka telah berkawan sejak azali lagi. Susah senang mereka bersama tetapi belum tentu mati bersama kerana ajal maut di tangan Tuhan. Back to the point , impian mereka ini boleh tercetus apabila Cow melihat koir gereja yang menyanyi lagu dengan penuh penghayatan. TETAPI koir gereja tidak best dan kebanyakan lagu-lagunya semua berunsurkan keagamaan merekaa. Jadi Cow hendak membuat satu perubahan, dia hendak membuat lagu mengenai unsur-unsur cinta dan unsur-unsur yang umum dalam genre rock alternatif. Dia ajak rakan-rakannya membuat band. TETAPI, pada mulanya Suelong dan Amec tidak mahu join Cow. Cow pujuk punya pujuk last-last berjaya juga. Cow sangat mengharapkan Amec join bandnya kerana suara Amec macam suara Auwie. Cow sangat meminati Auwie dari kumpulan KEPAK.

Akhirnya tertubuhlah band mereka yang bernama "XPDCni". Sebelum ini, mereka semua tidak reti main peralatan music. Dengan semangat yang jitu, mereka semua kecuali Amec telah pergi kursus belajar music, manakala Amec telah pergi kursus menyanyi. Akhirnya mereka mendapat ijazah dalam bidang music dari Universiti Old Trafford. TETAPI sekarang, mereka mempunyai satu lagi impian untuk dicapai iaitu membuat konsert live dengan ditaja oleh penaja(memang ar penaja yang taja). Mereka berusaha mencari orang-orang kaya pada zaman gelap itu, TETAPI orang-orang kaya enggan menaja kerana duit mereka sedang dibelanja untuk menghasilkan lampu. Usaha mereka tidak berhenti. Demi untuk mendapatkan wang sementara menjadi artis yang terkenal, mereka telah membuat show dekat function-function dan kenduri-kenduri orang kawin. Tidaklah mereka bergoyang kaki dan tunggu duit.

Nak jadi cerita, semasa mereka pergi membuat persembahan di kenduri anak raja kawin, seorang orang kaya telah menyaksikan bakat mereka dan telah terpukau,terpikat,terminat,terlayan lagu mereka dan akhirnya tertaja mereka untuk membuat konsert di atas kapal Titatonik. Impian mereka tercapai, segala usaha mereka selama ini tidak sia-sia. Ijazah yang mereka ada telah menjadi bukti usaha mereka selama ini.

Pada hari ke-10 kapal berlayar(kapal ini tiada lampu), band mereka akan membuat persembahan pada pagi itu. Mereka telah menyediakan beberapa lagu untuk dipersembahkan seperti lagu "Lalala Masaklah" , "Malam yang gelap" , "Aku kantoi skandal" dan "Menatap Wajahku di cermin". Persembahan mereka telah bermula dengan baik. Ramai penonton teruja melihat mereka. Mereka telah mempunyai peminat pada ketika itu(hanya pada ketika itu). Sekarang, sudah 3 buah lagu mereka telah persembahkan. TETAPI malangnya untuk penumpang kapal itu, semasa lagu ke-4 dipersembahkan, betul-betul semasa chorus, kapal Titatonik dilanggar iceberg...eh...telah melanggar iceberg. Iceberg telah dilanggar lari oleh kapal Titatonik. Mereka tidak menyedari kemalangan itu berlaku walaupun penonton telah menjadi panik dan menjerit-jerit. Mereka sangkakan penonton bersorak kepada mereka, akan TETAPI penonton-penonton sedang menyelamatkan diri. Sehinggalah saat kapal itu akan tenggelam, air laut sudah berada di paras leher mereka, mereka masih belum menyedarinya lalu mereka mati tanpa mereka sedari. Menurut mitos, sehingga sekarang mereka masih membuat persembahan dan masih lagi tidak menyedari bahawasanya mereka telah mati. Penonton-penontonnya sekarang ialah ikan.

-THE END-

p/s:aku tulis cerita ni kat dalam buku(buku pendek) aku sampai 4 muka surat. lenguhnya tangankuuuuuuuuuuuuuu......lenguhnya jari-jemariku kerana menaip semula disini...aduh...

No comments: