Monday, March 29, 2010

lalala kerja...lalalala kerja...

Aku ialah seorang peguam. Hari-hari aku akan membela orang yang tidak bersalah ataupun orang yang tidak tahu mengaku bersalah ataupun orang yang tidak tahu sama ada dia bersalah ataupun tidak. Kerja aku bukanlah semudah kerja bidan yang menyambut bayi baru diberanakkan tetapi kerja aku sesusah kerja bidan harimau.

Gaji aku pula tidak selumayan gaji pemain bola sepak luar negara tetapi lebih lumayan daripada gaji pemain bola sepak negara. Gaji aku mempunyai banyak nombor sifar. Ini menunjukkan gaji aku tidak banyak malah aku terasa hina apabila menerima cek daripada pelanggan aku. Begitu banyak nombor sifar dia tulis di situ.

Ibu aku selalu berkata, "Suparman bin Spidarman, kenapa kau dapat markah kosong dalam subjek bahasa German? Bagaimana kau mahu jadi lawyer? Kau cuma tahu "lawyer" buruk aja,". Aku berusaha supaya tidak mendapat nombor sifar lagi. Selepas kejadian itu, markah aku yang aku sering dapat ialah 99 sahaja. Tidak mahu aku dapat markah 100. Ada dua sifar terletak di situ. Mak aku pasti sangat marah.

Sekarang aku mendapat gaji yang mempunyai banyak nombor sifar. Diriku kian sedih. Selain daripada itu, aku mahu kongsikan pengalaman aku membela orang yang bersalah. Orang yang bersalah itu terdiri daripada perogol, perompak , pembunuh , penculik , pencuri , perompak , perasuah , penyamun , pelari , pelumba , perokok dan pemalas. Tetapi aku hanya mahu cerita pasal perogol ini sahaja kerana cerita dia panas , hanya orang yang berumur 7 tahun ke atas sahaja yang boleh membaca. Ceritanya begini , perogol itu telah merogol orang dan dia didapati bersalah dan aku telah membelanya. Akhirnya dia tidak dijatuhkan hukuman. Habis cerita.

Aku mahu menerangkan bagaimana kerja aku ini dikerjakan. Mula-mula , aku akan menunggu orang yang mahu dibela datang ke pejabat aku. Kemudian aku akan tanya orang yang mahu dibela itu , "Kamu ni bersalah atau tidak?". Kemudian jika dia mengaku bersalah , aku akan bertanya lagi, "Kenapa kamu mahu aku membela kamu yang bersalah ini?". Kemudian jawapan yang sama akan didengarkan oleh orang yang bersalah itu , "Saya tidak mahu memasuki penjara." Ya, memang itu kerja aku. Membela orang daripada memasuki penjara. Itulah sebabnya aku tidak menolak permintaan mereka. Memang tanggungjawab aku. Oleh disebabkan demikian, aku akan membela habis-habisan sampai habis habisan.

Walau banyak mana pelanggan aku dapat, aku tidak kaya. Duit yang aku ada sering habis. Mungkin kerana nombor sifar itu. Bagaimana lagi aku mahu buat? Mereka sering menulis cek kepada aku dengan nombor sifar yang banyak. Tidak pernah sekalipun aku dapat RM 99 999.99. Jika aku dapat begitu, aku akan jadi lebih senang dari sekarang. Di samping itu, pelanggan-pelanggan aku yang sering menulis nombor sifar yang banyak di dalam cek mereka itu kebanyakkannya duit banyak. Mereka juga semuanya bersalah. Orang yang tidak bersalah hanya menulis beberapa nombor sifar dan aku dapat bertahan lama juga dengan duit itu. Memang dasar nombor sifar itu aku benci.

Cerita di atas ialah mengenai aku dan mengenai aku lah cerita di atas. Aku ialah peguam.

Penat sgt aih aq menaip story ni...

No comments: