Saturday, April 30, 2011

aBah....

Mungkin mama lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..
Tapi tahukah kita, sebenarnya abahlah yang mengingatkan mama untuk menelefon kita?

Semasa kecil, mamalah yang lebih sering mendukung kita..
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja abah pulang bekerja dengan wajah yang letih
abahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, abah sering membentak
"sudah diberitahu! jgn minum ais!"
Tapi tahukah kamu bahawa abah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.
Abah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..
Sedarkah kita bahawa abah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai,
Ayah pun melonggarkan peraturannya.
Maka kita telah melanggar kepercayaan nya...
Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,
Abah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita,
Abah hanya mengerutkan dahi..tanpa menolak, beliau memenuhinya..

Saat kamu berjaya..
Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Abah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang
Dan meminta izin untuk mengambil kita dari abah..
Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya..

Dan akhirnya..
Saat abah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..
Abah pun tersenyum bahagia..
Abahsempat pergi ke belakang dan menangis?
Abah menangis kerana abah sangat bahagia..
Dan diapun berdoa

"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..
Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya"..

Setelah itu,
Abah hanya akan menunggu kedatangan kita..
Bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..
Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

I Love U abah>>>
<<

No comments: