Saturday, April 30, 2011

Dia LELAKI.....



Kadangkala kita tidak tahu sejauh mana seseorang lelaki itu benar-benar menyayangi diri kita atau tidak. Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan!
Orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semulajadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang sedang kemaruk cinta sanggup bekorban apa saja demi untuk kekasihnya. Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.

  1. Dia lelaki yang sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa.
  2. Dia lelaki yang sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual)
  3. Dia lelaki yang banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya.
  4. Dia lelaki yang akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu meluap-luap.
  5. Dia lelaki yang sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Dia lelaki yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curiga.
  7. Dia lelaki yang tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  8. Dia lelaki yang mudah sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.
  9. Dia lelaki yang akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain.
  10. Dia lelaki yang akan mengangap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawa sendiri.
  11. Dia lelaki yang akan menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  12. Dia lelaki yang akan pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.
  13. Dia lelaki yang akan tidak keruan apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
  14. Dia lelaki yang akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  15. Dia lelaki yang akan lebih mementingkan kekasih dari dirinya.
  16. Dia lelaki yang akan kerap bertanya adakah dirinya dicintai kerana merasakan kasihnya lebih kuat dari kekasihnya.
  17. Dia lelaki yang tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan yang penting dengannya.
  18. Dia lelaki yang akan sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
  19. Dia lelaki yang akan tidak akan bersikap curang, namun sekiranya ini berlaku dia tidak 100% mencintai anda.
  20. Yang paling penting, tidak semua insan bergelar lelaki sanggup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan.

p/s: Ada x LELAKI yg sebegini disamping anda?? Jika ada...hargailah dia, cintailah dia, sayangilah dia.. Jangan dilukai hatinya.. Kerana anda adalah salah seorang wanita yang sangat bertuah di dunia ini..

No comments: