Tuesday, April 5, 2011

xSlah Nk cri KbhgIaan

Hari ini bermula dengan baik. Semuanya berjalan lancar. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan "Buzz" dari seorang sahabatku. Tak perlulah bagi tau nama kan. Kami sembang macam biasa. Then. Dia tanya.

"Jepp nak mintak pendapat boleh tak"


Aku pun menjawab.

"Hah.. Napa?? Pasai apa??"


Dia pun balas balik.

"Hang kan terer bab-bab kehidupan ni.. Boleh tak?"


Aku tanpa membuang masa

"InsyaAllah kalau aku mampu aku jawab"


Soalan yang diajukan amat mengejutkan aku. Aku sendiri pun masih terdikir apa yang perlu aku jawab. Soalan nya macam ni.


"What keep you happy? You seem like always happy where ever you at and what ever you do."

Aku tidak mampu menjawab aku kata kat dia.


"Ni. Aku pon x sebahagia yang hang tengok."


Lepas tu aku mintak izin untuk out. Sebenarnya aku memang bahagia. Tetapi aku tak tahu apa yang membuat aku terus bahagia. Jadi aku pun terus dan terus dan terus berfikir. Jadi aku pon dapat beberapa hujah yang boleh aku perkatakan bagaimana aku boleh jadi bahagia.

Pertama sekali aku niat. Aku hidup hanya untuk hari ini. Esok tiada lagi. Ya la kan . Mana kita tahu yang kita nak mati bila. Jadi dengan cara ini. Kita akan rasa tenang tidak ada lagi beban untuk hari esok dan tidak perlu memikirkannya lagi. Ia juga membuat kita lebih menghargai orang-orang sekeliling kita kerana kita rasa kita tidak akan berjumpa mereka lagi selepas ini dan akan pergi meniggalkan mereka untuk selamanya.

Yang kedua aku rasa sebab aku buat apa yang aku nak saja. Aku x kesah apa orang suruh. Kalau aku suka aku buat la. Kalau x suka x payah buat kan. Kan senang. Tetapi benda yang akan menentukan kerjaya atau kejayaan kita esok jangan la x buat. Itu penting bagi menjamin kebahagiaan kelak. Lagi satu jangan langgar perintah Allah, Ibu bapa, guru dan orang yang lebih dewasa daripada kita. Itu saja. senang kan..

Itulah sedikit sebanyak perkongsian bagaimana aku mencari kebahagiaan dalam hidup aku. Ingat. Buat apa yang kita rasa betul dan ianya betul. Saya harap dengan perkonsian ini anda akan lebih bahagia pada masa yang akan datang. Kalau ada apa-apa yang hendak dikongsi tentang kebahagiaan ini bolehlah khabarkan kepada saya didalam komen site. Kita boleh berbincang. InsyaAllah soalan-soalan anda semua akan terjawab. Sekian.

No comments: